SISTEM KERAJAAN

SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA


Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen. Ia bernaung di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.
Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu :-

i.Perundangan (Legislatif),
ii.Kehakiman (judisiari) dan
iii.Pentadbiran (Eksekutif).

a. PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Badan yang membuat undang-undang di negara kita adalah Parlimen bagi peringkat persekutuan, dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Perkara 44 dalam perlembagaan memperuntukkan bahawa Parlimen mestilah terdiri daripada tiga komponen utama iaitu :-
1.Yang Dipertuan Agong
2.Dewan Negara
3.Dewan Rakyat

Fungsi badan perundangan:
1.menggubal
2.meminda
3.meluluskan undang-undang

Terdapat 2 badan perundangan:-
1.peringkat Persekutuan(Parlimen)
2.peringkat Negeri (Dewan Undangan Negeri)

1. Yang Dipertuan Agong
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi bahawa Yang Di-Pertuan Agong dilantik daripada Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri mewakili negeri tersebut dalam Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Baginda menjalankan tugas-tugas seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja. YDP Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam 3 perkara:
  • Melantik seorang PM
  • Tidak mempersetujui pembubaran Parlimen
  • Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara-perkara berkenaan dengan:-
    1.keistimewaan
    2.kedudukan
    3.kemuliaan & kebesaran Raja-raja dan hal-hal lain seperti yang tersebut dalam Perlembagaan.

Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, seperti pelantikan hakim, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan supaya mendapatkan nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil daripada perancangan British dalam tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Antara fungsi Majlis Raja-raja yang dikatakan unik bagi mewakili rakyat adalah seperti berikut :-

(a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;

(b) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;


(c)mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;

(d) melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;

(e) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

MRR juga boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

2 ulasan:

hjk berkata...

05

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Copyright 2010 PENGAJIAN MALAYSIA
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger