Ini merupakan usaha untuk menyediakan rakyat tempatan kepada sebuah negara yang berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan.
Melalui perlembagaan, masyarakat plural mempunyai hak mutlak dalam mentadbir sebuah negara dan dapat menikmati banyak faedah daripada perkara-perkara yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut.
Terdapat 4 ciri utama yang terkandung dalam perlembagaan 1957 :-

  1. Struktur kerajaan
  2. Bahasa
  3. Kewarganegaraan
  4. Peruntukan-peruntukan lain


1. STRUKTUR KERAJAAN
i) Yang diPertuan Agong
- Merupakan Ketua Negara
- Dipilih daripada 9 orang raja-raja Melayu
- Pegang jawatan selama 5 tahun secara bergilir-gilir - Menerima nasihat daripada kabinet dan Majlis Raja-raja.
ii) Perdana Menteri
- Ketua pentadbiran negara
- Dibantu oleh kabinet
- Kabinet membentuk dasar-dasar kerajaan
iii) Penubuhan Parlimen
- Sebuah badan perundangan
- Terdiri daripada Dewan Rakyat (104 ahli)
- Terdiri daripada Dewan Negara (38 ahli)
iv) Peringkat Negeri
- Ketua perlembagaan adalah Raja atau Yang Dipertuan Negeri (TYT)
- Setiap negeri hendaklah mempunyai Majlis Mesyuarat Undangan Negeri - Diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri


2. BAHASA
i) Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
ii) Bahasa-bahasa lain digunakan secara umum tidak dilarang iii) Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Majlis Mesyuarat Undangan atau Mahkamah hanya dibenarkan untuk tempoh 10 tahun selepas kemerdekaan


3. KEWARGANEGARAAN
i) Mereka yang lahir di PTM
Pada atau selepas kemerdekaan
ii) Mereka yang telah pun menjadi warganegara PTM sebelum kemerdekaan
iii) Mereka yang lahir di PTM
- Berumur 18 tahun ke atas
- Menetap di negara ini selama 5 tahun dpd 7 tahun lepas
- Mengetahui bahasa Melayu - Boleh memohon untuk menjadi warganegara dan bersedia mengangkat sumpah dan taat setia pada negara
iv) Mereka yang lahir di luar PTM
- Berumur 21 tahun ke atas
- Menetap di negara ini selama 8 – 12 tahun yang lalu
- Mengetahui bahasa Melayu
- Bersedia mengangkat sumpah taat setia pada negara ini
- Memiliki 2 kerakyatan tidak dibenarkan kecuali kerakyatan “Commonwealth”


4. PERUNTUKAN – PERUNTUKAN LAIN
i) Kedudukan istimewa orang Melayu hendaklah dikekalkan tanpa mengurangkan hak warganegara lain
ii) Agama rasmi bagi persekutuan Tanah Melayu adalah agama Islamiii) Kebebasan beragama dibenarkan bagi semua warganegara negara ini


Dengan termaktubnya Perlembagaan 1957 ini, maka terbentuklah asas kepada pluraliti masyarakat Malaysia yang ada sekarang ini. Masyarakat Malaysia dengan Perlembagaan 1957 yang sedia ada semakin bertambah dengan pindaan perlembagaan apabila penubuhan Malaysia digagaskan pada 16 September 1963. Antara kesepakatan dalam Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) dengan tertubuhnya negara Malaysia adalah seperti berikut :-


•Perlembagaan Malaysia yang hendak digubal mestilah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
•Satu suruhanjaya akan dibentuk bagi mendapatkan pandangan Sabah dan Sarawak (Suruhanjaya Cobbold).
•Persetujuan hendaklah dicapai di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
•Agama Islam hendaklah dijadikan agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia
•Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan MalaysiaBumiputera Sabah dan Sarawak hendaklah dikekalkan kedudukan istimewanya.

Dengan yang demikian, pada tanggal 16 September 1963, maka terbentuklah rakyat atau masyarakat Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penduduk peribumi atau bumiputera Sabah dan Sarawak .
Perlembagaan 1957 dan pindaan-pindaannya selepas itu merupakan asas kepada pembentukan masyarakat Malaysia pasca merdeka di negara ini apabila peruntukan yang diletakkan di dalamnya merupakan intipati kepada proses menyatupadukan masyarakat pluralistik. Platform penerimaan semua kaum terhadap panji-panji keutuhan sesebuah negara dan perlembagaan yang mendokong pluraliti masyarakat sebuah negara yang baru terbentuk hingga ke hari ini.

2 ulasan:

azrizainuddin96 berkata...

terbaik..mohon share

Unknown berkata...

Padu toqq

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Copyright 2010 PENGAJIAN MALAYSIA
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger