DASAR PENSWASTAAN

PENGENALAN
Diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983
Menyokong dasar-dasar lain seperti dasar perindustrian Malaysia
Menekankan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara
Mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan penglibatannya dalam ekonomi serta mengurangkan skop dan tahap perbelanjaan awam.
Penswastaan didefinisikan sebagai pemindahan segala aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab kerajaan kepada sektor swasta.
Berteraskan kepada lebihan kuasa pasaran berbanding dengan arahan pentadbiran dalam mempengaruhi kegiatan ekonomi untuk meningkatkan kecekapan
Mweujudkan permintaan yang tinggi terhadap kepakaran pengurusan dan keusahawanan
Menyediakan peluang yang unik untuk memupuk dan mengembangkan perniagaan bumiputera

OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN
1.Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
Membolehkan kerajaan menyerahkan kegiatan komersil kepada sektor swasta supaya kerajaan dapat menumpukan usaha ke atas fungsi tradisi seperti mengekalkan keamanan negara dan memberi sokongan kepada pencapaian objektif pertumbuhan dan pengagihan

2. Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran

Kecekapan dapat dipertingkatkan melalui beberpa cara termasuk mewujud dan menggalakkan persaingan memberi insentif kepada kakitangan dan menjauhkan syarikat-syarikat kerajaan daripada pengawasan politik serta peraturan kerajaan

3. Mempercepatkan proses pertumbuhan

membuka peluang kepada sektor swasta bagi meningkatkan peranan dlm pembangunan negara.
Berorientasikan komersil mengutamakan keuntungan dan menjadi teras kepada pembangunan ekonomi yang lebih pesat
Kerajaan akan dapat cepat memperoleh cukai korporat untuk membiayai pula projek sosio ekonomi

4. Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi

Mengurangkan dan mengecilkan sektor awam dan menonjolkan penglibatan sektor swasta yang lebih banyak dalam pertumbuhan ekonomi untuk menerajui negara

5. Membantu mencapai matlamat dasar ekonomi negara

Penswsataan akan menyediakan lebih banyak peluang bagi meningkatkan lagi kadar pencapaian objektif dasar ekonomi negara khususnya dari segi penyusunan semula corak pemilikan di dalam ekonomi

Menubuhkan Unit Perancang Ekonomi (UPE)
Jawatankuasa ini telah menyediakan garis panduan yang lengkap untuk kegunaan kementerian / jabatan yang ingin menswastakan beberapa perkhidmatan di bawah kawalan mereka. Tiga garis panduan telah dikeluarkan iaitu :-

Garis panduan mengenai penswastaan untuk kegunaan pihak swasta bertarikh 21 Januari 1985
Pekeliling Am Bil. 2/85: Garis panduan mengenai penswastaan untuk agensi-agensi kerajaan bertarikh 21 Januari 1985
STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENSWASTAAN

c. Pelan Induk Penswastaan

Diterbitkan pada tahun 1991 bertujuan untuk membolehkan pihak swasta dan awam memahami dengan jelas dasar-dasar di bawah program penswastaan dan peluang-peluang pelaburan yang wujud olehnya.
PIP mengandungi panduan dan penjelasan mengenai pelaksanaan dasar , rangka konsep, rangka menyeluruh, isu-isu berkaitan dengan penswastaan,
Menggariskan juga pelan tindakan pendekatan pelaksanaan serta jentera pentadbiran
BENTUK-BENTUK PENSWASTAAN

1. Penswastaan menyeluruh

Seratus peratus kepentingan kerajaan dipindah milik kepada sektor swasta

2. Penswastaan secara sebahagian

Sebahagian milik kerajaan dalam sesebuah agensi kerajaan dipindahkan kepada sektor swasta

3. Penswsataan secara terpilih

Sesuatu agensi menjual bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatannya tetapi terus memiliki yang lain

4. Penswastaan berbentuk pengurusan, bercorak perniagaan swasta

Kerap diamalkan oleh kerajaan
Prinsip perniagaan diamalkan sepenuhnya

5. Penswastaan secara kontrak

Terlaksana dengan pemberian kontrak perkhidmatan kerajaan kepada sektor swasta tanpa merombak struktur organisasi agensi kerajaan tersebut

6. Penswastaan secara pajakan

Membolehkan penyewaan kemudahan dan harta kerajaan yang tertentu bagi mendapatkan hasil tanpa mengubah hakmilik kerajaan

7. Penswastaan berbentuk pengurusan swasta

Ini bermakna hanya kepakaran sektor swasta dari segi pengurusan dan pengetahuan sahaja digunakan oleh kerajaan tanpa sebarang pertukaran hakmilik

FAEDAH PENSWASTAAN
1.Diberikan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan kerjaya
2.Diberikan peluang untuk memiliki saham organisasi
3.Diberikan dorongan untuk meningkatkan produktiviti
4.Mendapat perkhidmatan yang lebih cekap
5.Mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas dan terjamin
6.Mengurangkan beban kerajaan dari segi kewangan dan pentadbiran

7. Mendapat hasil tambahan untuk membayar perbelanjaan kerajaan

8. Membuka peluang untuk pelaburan asing datang ke negara ini

9. Mendorong penggunaan sumber-sumber ekonomi dengan lebih cekap dan rasional

20 ulasan:

Unknown berkata...

thank you....anda sngat mmbntu saya!

Tanpa Nama berkata...

thanks so much...saya sangat bertuah dapat cari laman ini

Tanpa Nama berkata...

makasi :))))

Tanpa Nama berkata...

TQ BLH WAT RUJUKAN ASGGMENT

Unknown berkata...

anda membantu menyiapkan tugasan saya....makaseh.. ai lob yu...hehhehehe

Tanpa Nama berkata...

tima kasih ya.. :16 :17 :19

Unknown berkata...

Tq...senang keje aq..hahahah

Unknown berkata...

Nama saya Azimah

Unknown berkata...

Nama saya Azimah

Unknown berkata...

tq

Unknown berkata...

tq

Tanpa Nama berkata...

:17

Tanpa Nama berkata...

sape y rasmi natang ni

luna hanum berkata...

mohon copy paste isi ni ya .Terima kasih.

Unknown berkata...

TQ SESANGAT

Unknown berkata...

thanks

Ain Noor Liyana berkata...

tukarlah blog ni jadi warna cerah sikit

NizamSudin berkata...

yesss tq tuan tanah..

redroseieyaz berkata...

Assigment aku berjalan dengan lancar.. Dapat markah untuk final yeahh

Unknown berkata...

report madam raihana .

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Copyright 2010 PENGAJIAN MALAYSIA
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger