Pengenalan Pembangunan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (1975)
“proses atau keupayaan sesebuah negara untuk mengeluarkan barangan & perkhidmatan untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam sesuatu jangka masa tertentu serta menyediakan sumber tambahan untuk pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang”..

Hall (1974) : “usaha mempergandakan sebarang pembinaan kejuruteraan, perindustrian, perumahan @ sebarang operasi yg cuba membawa matlamat. Ia mewujudkan suatu bentuk perubahan daripada suatu sumber asal dlm aspek ekonomi, sosial ataupun gunatanah”

Pengenalan Wilayah

-Bath (1973
“ satu pembentukan kawasan sempadan geografi yg melampaui batas-batas sempadan politik negeri atau pemerintah dgn membentuk sempadannya sendiri berdasarkan kepentingan perancangan pembangunan yg di olah & ia dapat dibentuk drp kriteria ekonomi & sosial”

-McLoughlin dan Brian (1978) menerusi pendekatan sistem. Wilayah sebagai satu sistem sendiri atau subsistem kepada sistem yg lebih besar iaitu negara. Sistem ini mempunyai bahagian-bahagian atau subsistem yg saling berinteraksi & berkaitan. Sekiranya penumpuan diberikan kpd subsistem sahaja atau sistem keseluruhannya tanpa melihat subsistemnya, ia tdak akan memberi makna yang berkesan.

PEMBANGUNAN WILAYAH

-memberi perhatian kpd peristiwa pertumbuhan ekonomi.aktivitinya merupakan hasil drp lokasi aktiviti ekonomi utk memenuhi perbezaan daya tarikan wilayah. Perubahan dlm pola lokasi ini mempunyai kesan langsung terhadap pendapatan, guna tanah & kebajikan. Oleh sebab organisasi reruang merupakan fungsi aktiviti & pola interaksi, maka secara ringkas pembangunan wilayah bolehlah dikatakan mencerminkan pola ini” (Friedman).

. Perancangan pembangunan wilayah:

i. suatu perancangan fizikal & ekonomi yang besar & bertaraf antarabangsa adalah kaedah utk mencapai susunan ekonomi bentuk masyarakat sama ada penempatan @ perindustrian melalui susunan hierarki peringkat baru dlm sistem perancangan (Alden & Morgan 1974).

ii. Ia bukan sahaja perancangan fizikal & ekonomi tetapi penyatuan kedua-duanya. Oleh itu, perancangan wilayah ditakrifkan sebagai satu sintesis yang unik antara perancangan ekonomi & fizikal.

iii. Ia bukan fizikal, ekonomi atau percantuman kedua-duanya. Ia merupakan satu bentuk perancangan awam yang menumpukan ruang separa nasional (Gilingwater, 1973)

iv. Ia merangkumi penyusunan pelbagai aktiviti & kemudahan daripada ruang di peringkat yang lebih besar kepada satu kominiti yang dianggap kecil di dalam sebuah negara

v. Satu pembangunan desa/luar bandar yang bersepadu & komprehensif

vi. Satu strategi untuk mencapai integrasi program sektor-sektor untuk menyelesaikan masaalh yang rumit di peringkat skala wilayah (Friedmann, 1979).



1 ulasan:

tinta tayam berkata...

01

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Copyright 2010 PENGAJIAN MALAYSIA
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger