DASAR BAHASA

AKTA BAHASA KEBANGAAN 1963 (AKTA 32)
Suatu akta bagi menyatukan undang-undang berhubung dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan. Mula berkuatkuasa di negeri Sabah, Sarawak pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing. Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.

Penggunaan bahasa-bahasa lain dibenarkan bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam termasuk bahasa Inggeris Penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan di Parlimen dan dewan undangan negeri Segala teks rasmi berkenaan undang-undang, akta, enakmen, ordinan hendaklah ditulis dalam bahasa kebangsaan dan Inggeris Teks bahasa kebnagsaan adalah sahih melainkan YDPA menetapkan sebaliknya. Undang-undang bertulis sebelum 1 September 1967 yang diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan dianggap sah oleh YDPA. Bahasa mahkamah hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan mahkamah boleh menetapkan sama ada sesuatu prosiding boleh dilakukan dalam bahasa kebangsaan atau Inggeris. Tulisan bahasa kebangsaan ialah Rumi dan tulisan Jawi adalah tidak dilarang
Bentuk angka dalam bahasa kebangsaan ialah bentuk Arab Borang-borang rasmi dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan oleh pihak berkuasa yang ditetapkan oleh PM bagi maksud tertentu

Melalui Akta 32 ini, boleh dirumuskan bahawa kepentingan bahasa kebnagsaan untuk digunakan dalam mana-mana urusan rasmi negara adalah sangat perlu untuk menjaga kepentingan awam atau masyarakat yang baru terbentuk selepas 1957.
Kepuashatian setiap pihak perlu mesti dijaga agar tidak timbul isu-isu berbangkit tentang banyak hal kerana salah faham dalam berkomunikasi atau berinteraksi. Pembentukan masyarakat berasaskan penggubalan dasar bahasa ini mewujudkan satu toleransi komunikasi apabila semua orang diwajibkan menggunakan satu korpus bahasa yang sama bagi berinteraksi dan berurusan. Ia bertujuan untuk mengelakkan salah faham dalam komunikasi antara masyarakat kerana semua lapisan masyarakat menggunakan bahasa yang sama.


FUNGSI, KEDUDUKAN DAN TARAF BAHASA MELAYU


Selepas 1957, kedudukan dan taraf BM adalah sebagai bahasa kebangsaan
Sebagai bahasa kebangsaan BM diwajibkan untuk menjadi bahasa perantaraan dan bahasa rasmi dalam semua hal.
Ia juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam serta bahasa ilmu dan semua ini dipikul peringkat demi peringkat oleh BM sejak 1957.
Asmah Hj Omar (1985), bahasa kebangsaan sebahagi bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara
Fishman (dalam W.H. Whiteley; 1971) mengatakan ada 3 jenis penentuan dasar bahasa di setiap negara iaitu jenis A, B, dan C. Melalui penerangan Fishman, Asmah Hj Omar (1985) menegaskan, Malaysia merupakan negara jenis B untuk membuat penentuan dasar bahasa kerana faktor-faktor berikut yang dipegang oleh negara jenis B :-
Berasaskan kesatuan sosiobudaya yang sudah lama tertanam pada sempadan politik negara berpelembagaan. Terdapat persetujuan am meliputi golongan pemerintah dan rakyat jelata bahawa ada satu Tradisi Agung (TA) yang melatari kehidupan mereka – TA adalah tradisi bumiputera (adat, resam, kepercayaan, sastera dll). Semua TA adalah lambang identifikasi untuk negara. Pemilihan satu bahasa bumiputera dijadikan bahasa kebangsaan yang mempunyai perkaitan peranan yang sangat erat untuk menyatupadukan rakyat dari segi sosiobudaya
Keduanya mempunyai bukti akan adanya kejatian kebangsaan yang ditunjangi oleh semangat nasionalisme. TA yang paling besar adalah penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka.


PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa 'Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa:
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.
(Sumber : Akta dan Perlembagaan Malaysia; Jabatan Perdana Menteri : Putrajaya 2005)

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menegaskan sekali lagi bahawa dasar bahasa yang dibuat oleh kerajaan untuk membentuk masyarakat pluralistik yang bersatu padu adalah serius
Ia menetapkan satu bahasa iaitu BM sebagai bahasa kebangsaan atau rasmi untuk mana-mana keperluan. Namun penggunaan bahasa lain diberi kelonggaran untuk digunakan dan tidak dihalang sama sekali sama ada digunkan, diajarkan, dipelajari atau untuk urusan masyarakat tertentu. Perlembagaan ini menegaskan bahawa perpaduan masyarakat pluralistik di Malaysia perlu di pertahankan dengan menggunakan dasar bahasa yang mengandungi perkara 152 ini.


RASIONAL PENGGUBALAN DASAR BAHASA SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT

Oleh yang demikian penggubalan dasar bahasa di negara kita menepati ciri-ciri tersebut bagi membentuk kesatuan masyarakat yang berbilang kaum
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia sememangnya berpegang kepada satu TA iaitu latar sejarah negara yang sama dan semangat perjuangan memerdekakan negara yang sama.
Asas pembentukan masyarakat di Malaysia yang didasari oleh dasar bahasa yang menetapkan BM sebagai bahasa kebangsaan, yang mesti dipelajari dan digunakan oleh semua orang merupakan simbol identiti masyarakat dan negara bangsa Malaysia. Dengan menyedari fungsi, kedudukan dan taraf bahasa kebangsaan semua orang dalam masyarakat sedar bahawa dasar bahasa yang digubal oleh kerajaan melorongkan kepada satu persefahaman masyarakat tersebut. Kepentingan supaya tidak berlaku salah faham dalam berinteraksi menjadi faktor kepada penggubalan dasar bahasa kebangsaan kerana semua orang boleh berbahasa yang sama dan faham berinteraksi tanpa sebarang prejudis. Kejayaan pembentukan masyarakat berasaskan dasar bahasa dinilai dengan semangat nasionalisme dalam diri individu lalu membentuk dan mengumpulkan semangat tersebut dalam kesatuan masyarakat mereka sendiri. Masyarakat pluralistik Malaysia menggunakan satu bahasa kebangsaan dan bebas menggunakan bahasa lain selagi tidak untuk maksud-maksud yang membahayakan ketenteraman awam dan akhirnya mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, bersefahaman dan bersatu padu. Bahasa Melayu mempunyai syarat untuk memenuhi keperluan bagi menjadi bahasa kebangsaan yang melambangkan kedaulatan dan perpaduan negara
2 ciri tersebut adalah :-
(i) menjadi asas kebudayaan nasional
(ii) menyatupadukan rakyat

Bahasa yang berbeza-beza menimbulkan kebudayaan yang berbeza juga. Ia tidak akan menimbulkan satu negara yang mempunyai perpaduan yang teguh. Perpaduan rakyat yang berbilang bangsa itu boleh dicapai dengan adanya satu kebudayaan nasional yang mempunyai bahasa kebangsaan sebagai lambang ekspresinya (Asmah Hj. Omar; 1985). Berdasarkan itu, bahasa adalah alat perpaduan yang sebaik-baiknya dan sudah ada gambaran bahawa bahasa itu adalah milik sesuatu bangsa digantikan dengan abhasa Melayu yang melambangkan perpaduan dan asas kepada pembentukan masyarakat dalam konteks Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Copyright 2010 PENGAJIAN MALAYSIA
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger