p/s: (klik pada imej untuk pembesaran)

Dua jenis perancangan

pembangunan wilayah:

i. intra wilayah

- pembahagian sumber (termasuklah buruh, modal, tanah & sebagainya) di dalam wilayah itu sendiri yang bertujuan memantapkan perhubungan antara manusia & alam sekitar. Matlamat utama perancangan intrawilayah ini adalah untuk mengendalikan masalah-masalah fungsian dengan menitikberatakn pergerakan & pengagihan manusia, pekerjaan, keperluan ekonomi & guna tanah.

ii. Antara wilayah

- perancangan ini mementingkan masalah ketidakseimbangan antara wilayah, khasnya daripada segi ekonomi, pendapatan, aliran modal, aliran pekerjaan dll.

- Ia juga mewujudkan pertumbuhan dimensi reruang, iaitu masalah tertentu hanya wujud di kaw tertentu sahaja yg boleh membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan khusunya semasa menetapkan sempadan yg menentukan keutamaan pembangunan

Pengenalan Pembangunan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (1975)
“proses atau keupayaan sesebuah negara untuk mengeluarkan barangan & perkhidmatan untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam sesuatu jangka masa tertentu serta menyediakan sumber tambahan untuk pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang”..

Hall (1974) : “usaha mempergandakan sebarang pembinaan kejuruteraan, perindustrian, perumahan @ sebarang operasi yg cuba membawa matlamat. Ia mewujudkan suatu bentuk perubahan daripada suatu sumber asal dlm aspek ekonomi, sosial ataupun gunatanah”

PENGENALAN
ÒDalam pengertian umum, dasar luar merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara berhubung dengan negara-negara lain.
ÒDalam pengertian yang terhad dasar luar hanya mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mempengaruhi keadaan yang berlaku di luar kawalannya. Ia biasanya berubah bergantung kepada keadaan semasa.

MATLAMAT DAN PRINSIP PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA
ÒObjektif dasar sesebuah negara lazimnya bertujuan untuk melindungi kepentingan negara dalam perkara keselamatan dan kestabilan ekonomi
ÒDi bawah pimpinan TAR (1960-an), dasar luar Malaysia bersifat pro-barat, anti komunis, dan berbaik-baik dengan negara di kawasan Asia Tenggara
ÒIa menggalakkan kerjasama serantau dalam hal ekonomi, sosial dan kebudayaan
ÒDasar luar Malaysia mengutamakan hubungan yang erat dengan negara-negara Asia Tenggara, negara-negara OIC, negara-negara berkecuali dan negara-negara Komanwel
ÒPada waktu tersebut, kepentingan ekonomi diberi keutamaan yang lebih berbanding dengan aspek politik dan keselamatan
ÒDasar luar Malaysia juga banyak bergantung kepada prinsip-prinsip berkecuali iaitu mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan, tanpa mengira ideologi atau kepercayaan mereka
ÒSalah satu unsur penting prinsip dasar luar Malaysia ialah keenggannannya terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain dari perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara
ÒBeberapa perkara diambil kira dalam pembentukan dasar luar Malaysia :-
1.Negara kita terletak dalam kawasan yang strategik dari aspek geo-politik di rantau Asia Pasifik
2.Ekonomi Malaysia berasaskan bahan-bahan mentah, oleh itu ia hendaklah memastikan kestabilan politik di Asia Tenggara kerana keadaan stabil boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik
3.Malaysia mempercayai konsep Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu kewujudan sistem antarabangsa yakni semua negara dapat hidup dalam keadaan harmoni.
4.Sebagai bekas jajahan British Malaysia terus menganggotai pertubuhan negar-negara Komanwel
5.Malaysia memainkan peranan yang positif dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

Related Posts with Thumbnails
Copyright 2010 PENGAJIAN MALAYSIA
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger