Memaparkan catatan dengan label pembangunan wilayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pembangunan wilayah. Papar semua catatan


p/s: (klik pada imej untuk pembesaran)

Dua jenis perancangan

pembangunan wilayah:

i. intra wilayah

- pembahagian sumber (termasuklah buruh, modal, tanah & sebagainya) di dalam wilayah itu sendiri yang bertujuan memantapkan perhubungan antara manusia & alam sekitar. Matlamat utama perancangan intrawilayah ini adalah untuk mengendalikan masalah-masalah fungsian dengan menitikberatakn pergerakan & pengagihan manusia, pekerjaan, keperluan ekonomi & guna tanah.

ii. Antara wilayah

- perancangan ini mementingkan masalah ketidakseimbangan antara wilayah, khasnya daripada segi ekonomi, pendapatan, aliran modal, aliran pekerjaan dll.

- Ia juga mewujudkan pertumbuhan dimensi reruang, iaitu masalah tertentu hanya wujud di kaw tertentu sahaja yg boleh membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan khusunya semasa menetapkan sempadan yg menentukan keutamaan pembangunan

Pengenalan Pembangunan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (1975)
“proses atau keupayaan sesebuah negara untuk mengeluarkan barangan & perkhidmatan untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam sesuatu jangka masa tertentu serta menyediakan sumber tambahan untuk pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang”..

Hall (1974) : “usaha mempergandakan sebarang pembinaan kejuruteraan, perindustrian, perumahan @ sebarang operasi yg cuba membawa matlamat. Ia mewujudkan suatu bentuk perubahan daripada suatu sumber asal dlm aspek ekonomi, sosial ataupun gunatanah”

Related Posts with Thumbnails
Copyright 2010 PENGAJIAN MALAYSIA
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger