Memaparkan catatan dengan label kenegaraan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenegaraan. Papar semua catatan

terdapat tiga ciri demokrasi berpelembagaan;

  1. Berpelembagaan
  2. Raja berpelembagaan
  3. pilihan raya
Berpelembagaan
Undang-undang dasar negara
•Merupakan prinsip, peraturan dan panduan yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan di dalam sesebua negara kuasa untuk mentadbir negara
•Berasaskan Perlembagaan Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
•Perlembagaan negara sekarang adalah pindaan melalui perkara 159
•perlembagaan menetapkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri

Raja berpelembagaan
•Negara kita negara berpemerintahan beraja
•Namun ia adalah raja berperlembagaan
•Membawa maksud dalam memerintah negara raja hendaklah mematuhi had-had yang telah ditetapkan oleh perlembagaan
•Raja-raja sesekali tidak boleh menyalahgunakan kuasa melampaui apa yang telah ditetapkan oleh perlembagaan
•YDPA adalah ketua negara dan di peringkat negeri diketuai oleh sultan-sultan
•YDPA hendaklah mengikut nasihat jemaah menteri diketuai oleh PM

Pilihan raya
•Pilihan raya dianggap senjata rakyat untuk memilih wakil mereka sama ada di peringkat negeri ataupun pusat
•Perlembagaan menetapkan pilihan raya umum mestilah diadakan dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun
•SPR diwujudkan demi memastikan pilihan raya tidak mengandungi unsur-unsur penyelewengan
•Anggota SPR dilantik oleh YDPA dan bersikap berkecuali
•Pilihan raya melibatkan dua pihak iaitu pengundi dan calon

SISTEM KERAJAAN

SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA


Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen. Ia bernaung di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.
Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu :-

i.Perundangan (Legislatif),
ii.Kehakiman (judisiari) dan
iii.Pentadbiran (Eksekutif).

a. PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Badan yang membuat undang-undang di negara kita adalah Parlimen bagi peringkat persekutuan, dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Perkara 44 dalam perlembagaan memperuntukkan bahawa Parlimen mestilah terdiri daripada tiga komponen utama iaitu :-
1.Yang Dipertuan Agong
2.Dewan Negara
3.Dewan Rakyat

Fungsi badan perundangan:
1.menggubal
2.meminda
3.meluluskan undang-undang

Terdapat 2 badan perundangan:-
1.peringkat Persekutuan(Parlimen)
2.peringkat Negeri (Dewan Undangan Negeri)

1. Yang Dipertuan Agong
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi bahawa Yang Di-Pertuan Agong dilantik daripada Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri mewakili negeri tersebut dalam Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Baginda menjalankan tugas-tugas seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja. YDP Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam 3 perkara:
  • Melantik seorang PM
  • Tidak mempersetujui pembubaran Parlimen
  • Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara-perkara berkenaan dengan:-
    1.keistimewaan
    2.kedudukan
    3.kemuliaan & kebesaran Raja-raja dan hal-hal lain seperti yang tersebut dalam Perlembagaan.

Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, seperti pelantikan hakim, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan supaya mendapatkan nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil daripada perancangan British dalam tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Antara fungsi Majlis Raja-raja yang dikatakan unik bagi mewakili rakyat adalah seperti berikut :-

(a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;

(b) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;


(c)mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;

(d) melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;

(e) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

MRR juga boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

(sumber: youtube)

Ini merupakan usaha untuk menyediakan rakyat tempatan kepada sebuah negara yang berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan.
Melalui perlembagaan, masyarakat plural mempunyai hak mutlak dalam mentadbir sebuah negara dan dapat menikmati banyak faedah daripada perkara-perkara yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut.
Terdapat 4 ciri utama yang terkandung dalam perlembagaan 1957 :-

  1. Struktur kerajaan
  2. Bahasa
  3. Kewarganegaraan
  4. Peruntukan-peruntukan lain

(klik pada imej untuk pembesaran)
Perlembagaan merupakan suatu kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip – prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

Dibahagikan kepada 2 :-
1. Perlembagaan Bertulis (Didokumenkan)
2. Perlembagaan Tidak Bertulis

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
  • Bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap lagi adil.

  • Bagi mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.

  • Bagi melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Perlembagaan malaysia secara umum merupakan undang-undang tertinggi di negara kita.
Parlimen, badan eksekutif, dan juga badan kehakiman mendapat kuasa daripada perlembagaan.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 perkara, dan 13 Jadual

Related Posts with Thumbnails
Copyright 2010 PENGAJIAN MALAYSIA
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger