Memaparkan catatan dengan label dasar-dasar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dasar-dasar. Papar semua catatan
Browse » Home » Posts filed under dasar-dasar
PENGENALAN
ÒDalam pengertian umum, dasar luar merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara berhubung dengan negara-negara lain.
ÒDalam pengertian yang terhad dasar luar hanya mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mempengaruhi keadaan yang berlaku di luar kawalannya. Ia biasanya berubah bergantung kepada keadaan semasa.
MATLAMAT DAN PRINSIP PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA
ÒObjektif dasar sesebuah negara lazimnya bertujuan untuk melindungi kepentingan negara dalam perkara keselamatan dan kestabilan ekonomi
ÒDi bawah pimpinan TAR (1960-an), dasar luar Malaysia bersifat pro-barat, anti komunis, dan berbaik-baik dengan negara di kawasan Asia Tenggara
ÒIa menggalakkan kerjasama serantau dalam hal ekonomi, sosial dan kebudayaan
ÒDasar luar Malaysia mengutamakan hubungan yang erat dengan negara-negara Asia Tenggara, negara-negara OIC, negara-negara berkecuali dan negara-negara Komanwel
ÒPada waktu tersebut, kepentingan ekonomi diberi keutamaan yang lebih berbanding dengan aspek politik dan keselamatan
ÒDasar luar Malaysia juga banyak bergantung kepada prinsip-prinsip berkecuali iaitu mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan, tanpa mengira ideologi atau kepercayaan mereka
ÒSalah satu unsur penting prinsip dasar luar Malaysia ialah keenggannannya terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain dari perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara
ÒBeberapa perkara diambil kira dalam pembentukan dasar luar Malaysia :-
1.Negara kita terletak dalam kawasan yang strategik dari aspek geo-politik di rantau Asia Pasifik
2.Ekonomi Malaysia berasaskan bahan-bahan mentah, oleh itu ia hendaklah memastikan kestabilan politik di Asia Tenggara kerana keadaan stabil boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik
3.Malaysia mempercayai konsep Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu kewujudan sistem antarabangsa yakni semua negara dapat hidup dalam keadaan harmoni.
4.Sebagai bekas jajahan British Malaysia terus menganggotai pertubuhan negar-negara Komanwel
5.Malaysia memainkan peranan yang positif dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
Browse » Home » Posts filed under dasar-dasar
—DASAR PENSWASTAAN
—PENGENALAN
—Diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983
—Menyokong dasar-dasar lain seperti dasar perindustrian Malaysia
—Menekankan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara
—Mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan penglibatannya dalam ekonomi serta mengurangkan skop dan tahap perbelanjaan awam.
—Penswastaan didefinisikan sebagai pemindahan segala aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab kerajaan kepada sektor swasta.
—Berteraskan kepada lebihan kuasa pasaran berbanding dengan arahan pentadbiran dalam mempengaruhi kegiatan ekonomi untuk meningkatkan kecekapan
—Mweujudkan permintaan yang tinggi terhadap kepakaran pengurusan dan keusahawanan
—Menyediakan peluang yang unik untuk memupuk dan mengembangkan perniagaan bumiputera
—OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN
1.Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
—Membolehkan kerajaan menyerahkan kegiatan komersil kepada sektor swasta supaya kerajaan dapat menumpukan usaha ke atas fungsi tradisi seperti mengekalkan keamanan negara dan memberi sokongan kepada pencapaian objektif pertumbuhan dan pengagihan
2. Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran
—Kecekapan dapat dipertingkatkan melalui beberpa cara termasuk mewujud dan menggalakkan persaingan memberi insentif kepada kakitangan dan menjauhkan syarikat-syarikat kerajaan daripada pengawasan politik serta peraturan kerajaan
3. Mempercepatkan proses pertumbuhan
— membuka peluang kepada sektor swasta bagi meningkatkan peranan dlm pembangunan negara.
—Berorientasikan komersil mengutamakan keuntungan dan menjadi teras kepada pembangunan ekonomi yang lebih pesat
—Kerajaan akan dapat cepat memperoleh cukai korporat untuk membiayai pula projek sosio ekonomi
4. Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi
—Mengurangkan dan mengecilkan sektor awam dan menonjolkan penglibatan sektor swasta yang lebih banyak dalam pertumbuhan ekonomi untuk menerajui negara
5. Membantu mencapai matlamat dasar ekonomi negara
—Penswsataan akan menyediakan lebih banyak peluang bagi meningkatkan lagi kadar pencapaian objektif dasar ekonomi negara khususnya dari segi penyusunan semula corak pemilikan di dalam ekonomi
Menubuhkan Unit Perancang Ekonomi (UPE)
—Jawatankuasa ini telah menyediakan garis panduan yang lengkap untuk kegunaan kementerian / jabatan yang ingin menswastakan beberapa perkhidmatan di bawah kawalan mereka. Tiga garis panduan telah dikeluarkan iaitu :-
Garis panduan mengenai penswastaan untuk kegunaan pihak swasta bertarikh 21 Januari 1985
Pekeliling Am Bil. 2/85: Garis panduan mengenai penswastaan untuk agensi-agensi kerajaan bertarikh 21 Januari 1985
—STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENSWASTAAN
c. Pelan Induk Penswastaan
—Diterbitkan pada tahun 1991 bertujuan untuk membolehkan pihak swasta dan awam memahami dengan jelas dasar-dasar di bawah program penswastaan dan peluang-peluang pelaburan yang wujud olehnya.
—PIP mengandungi panduan dan penjelasan mengenai pelaksanaan dasar , rangka konsep, rangka menyeluruh, isu-isu berkaitan dengan penswastaan,
—Menggariskan juga pelan tindakan pendekatan pelaksanaan serta jentera pentadbiran
—
BENTUK-BENTUK PENSWASTAAN
1. Penswastaan menyeluruh
—Seratus peratus kepentingan kerajaan dipindah milik kepada sektor swasta
2. Penswastaan secara sebahagian
—Sebahagian milik kerajaan dalam sesebuah agensi kerajaan dipindahkan kepada sektor swasta
3. Penswsataan secara terpilih
—Sesuatu agensi menjual bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatannya tetapi terus memiliki yang lain
4. Penswastaan berbentuk pengurusan, bercorak perniagaan swasta
—Kerap diamalkan oleh kerajaan
—Prinsip perniagaan diamalkan sepenuhnya
5. Penswastaan secara kontrak
—Terlaksana dengan pemberian kontrak perkhidmatan kerajaan kepada sektor swasta tanpa merombak struktur organisasi agensi kerajaan tersebut
6. Penswastaan secara pajakan
—Membolehkan penyewaan kemudahan dan harta kerajaan yang tertentu bagi mendapatkan hasil tanpa mengubah hakmilik kerajaan
7. Penswastaan berbentuk pengurusan swasta
—Ini bermakna hanya kepakaran sektor swasta dari segi pengurusan dan pengetahuan sahaja digunakan oleh kerajaan tanpa sebarang pertukaran hakmilik
—
FAEDAH PENSWASTAAN
1.Diberikan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan kerjaya
2.Diberikan peluang untuk memiliki saham organisasi
3.Diberikan dorongan untuk meningkatkan produktiviti
4.Mendapat perkhidmatan yang lebih cekap
5.Mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas dan terjamin
6.Mengurangkan beban kerajaan dari segi kewangan dan pentadbiran
7. Mendapat hasil tambahan untuk membayar perbelanjaan kerajaan
8. Membuka peluang untuk pelaburan asing datang ke negara ini
9. Mendorong penggunaan sumber-sumber ekonomi dengan lebih cekap dan rasional
—
Langgan:
Catatan (Atom)